Big data.

*[SEBAR | TULAR | VIRAL] PROWARIS MEDIA : PADU; PERJUDIAN BIG DATA*

oleh Hezri Sardi bertarikh 30 Mac 2024

Saya berbual dengan kawan, seorang ahli ekonomi pada 2 hari terakhir pendaftaran PADU. Satu yang pasti PADU tak mungkin selesaikan masalah ekonomi yang kerajaan kata nak selesaikan. Yang kami cuba cari jawapan ialah kenapa Menteri Ekonomi Rafizi Ramli nak kutip maklumat melalui PADU?

Perbualan kami membawa kepada satu istilah yang pernah Hype satu ketika dulu tapi dah suam suam kuku sekarang, iaitu BIG DATA. 5 tahun lepas, syarikat besar dan konsultan heboh bercakap pasal BIG DATA. Sekarang dah tiada, sebaliknya mereka sembang pasal Kecerdasan Buatan (AI).

Untuk fahami BIG DATA, kita kena terlebih dulu fahami STATISTIK, sebab BIG DATA dulu dijual untuk mengatasi kelemahan STATISTIK. Walaupun ada orang yang sembah STATISTIK sebagai maksum, kita ada banyak sebab kukuk untuk tak mempercayai STATISTIK. Misalnya, batan Statistik keluarkan angka pasal pekerjaan dan pengangguran. Orang yang tak tahu akan anggap Jabatan Statistik betul-betul turun ke bawah tanya orang satu-satu. Yang sebenarnya, jabatan Statistik tak jumpa separuh rakyat Malaysia pun. Mereka hanya jumpa satu kumpulan yang amat kecil. Anda mungkin pelik, macam mana kerajaan boleh kaji kumpulan amat kecil tapi kemudian keluarkan data untuk seluruh rakyat Malaysia?

Ini boleh terjadi sebab kaedah “Sampling” yang diguna Jabatan Statistik. Jabatan Statistik hanya ambil satu kumpulan yang amat kecil yang digelar “Sampel”. Kalau seluruh rakyat Malaysia, itu dipanggil POPULASI. Secara logiknya, untuk dapatkan data tempat, kerajaan kena kaji POPULASI, bukan SAMPEL. Masalahnya, mengkaji POPULASI mustahil dibuat. Namun dengan teknologi terbaru dalam komputer dan media sosial, ada pihak yakin POPULASI boleh dikaji. Jadi, wujudlah BIG DATA.

Walau bagaimanapun, syarikat swasta yang jual BIG DATA masih mendapatkan data melalui Sampel. Ini termasuklah INVOKE yang Rafizi Ramli buat. Adalah mustahil untuk dapatkan maklumat walaupun daripada 100,000 orang. Walau bagaimanapun, Rafizi suka BIG DATA.

Apabila jadi Menteri Ekonomi, Rafizi rasa dia boleh guna kuasa Jentera kerajaan untuk dapatkan data daripada semua rakyat. Cuma masalahnya, Jabatan Statistik yang dah wujud puluhan tahun pun tak dapat buat selama ni!

Pendek kata, Rafizi nak tunaikan angan-angannya. Kononnya, apabila semua rakyat masukkan maklumat peribadi mereka dalam PADU, Rafizi akan dapat BIG DATA dalam ekonomi. Tapi orang tak percaya. Rafizi pun terpaksa janji bulan bintang bahkan mengugut semata-mata nak suruh orang daftar PADU.

Percubaan ni satu pertaruhan sebab risiko amat tinggi. Bukan saja isu Keselamatan data yang semua orang bisingkan.

Ada satu konsep yang kurang diperkata tapi wujud selepas Big Data iaitu SSOT, yakni Single Source of Truth. Maknanya segala jenis data diletak di pusat dan semua orang guna sumber data yang sama. Tapi SSOT ni 2 hala. Pusat ambil data dan semua boleh ambil data dari pusat. Malaysia ialah antara sebilangan kecil negara yang tak wajibkan Open Data (Data Terbuka) kerana ketiadaan Akta Hak Kepada Maklumat. Kerajaan boleh minta maklumat orang, orang tak boleh minta maklumat kerajaan. Ini kuku besi.

Rejim kuku besi pun ada rukun. Kalau Rakyat hidup jauh lebih senang selepas ada rejim kuku besi, rejim tu kekal. Kalau Rakyat hidup lebih susah, rejim kuku besi jatuh.

Yang pasti PADU ni matlamat dia untuk dapat data. Tujuan kedua ialah kerajaan nak ikat perut, potong belanja. Subsidi Bersasar tu hanya janji bulan bintang saja. Sampai sekarang kerajaan tak pernah jelaskan cara bagi subsidi bersasar tu.

Bahkan soalan ditanya dalam PADU tu pun dah bermasalah. PADU tanya adakah kita ni ketua isi rumah. Bagi semua orang, ini soalan mengelirukan dan tak relevan tapi ia macam penentu utama isi rumah mana layak dapat subsidi!

Kesimpulannya, PADU ni ialah Big Data yang selama ini jadi mimpi basah Rafizi dan sebagai seorang Narcissist, dia sanggup pertaruhkan seluruh negara untuk mimpi basahnya.

HEZRI SARDI
Ahli Kehormat (Ekonomi)
Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris)

#prowaris
#malaysia
#isurakyat
#politik
#ekonomi
#fyp
#tiktokmalaysia
#suararakyat
#suaraneutral
#prowarisuntukrakyat