Pantun 50 Sen.

Pantun Seloka

BERWASPADA PADA PENIPUAN

Bukit Pelindung di Kuantan,
Tangung Api juga di situ.
Jaga jagalah penipuan dalam talian,
ramai sudah kena tipu.

Teluk Cempedak pantai peranginan,
jika ke Kuantan pergilah ke sana.
Berbilion ringgit nilai penipuan dalam talian,
sentiasalah berwaspada jangan terkena.

Jika anda ke pantai Likas
rasai damainya komuniti nelayan.
Ramai orang Malaysia orang ikhlas,
sangat mudah taruh kepercayaan.

Rompin juga tempat bercuti,
jauh ia dari kota.
Bila terima percobaan jangan berikan butiran pribadi,
dan maklomat akaun bank anda.

Dari Kuantan ke Genting,
tempat peranginan orang kaya.
Pantun ini memberi peringatan penting,
agar sama sama kita berwaspada.

M Zawawi

🤝Bercuti di Teluk Cempedak Kuantan,
segala kerisauan boleh hilang.
Sila share kalau tak keberatan,
ingat mengingat itu kebaikan.

(M Zawawi ialah nama pena Mohd Zawawi B Abdullah 0192455055)