Russia vs Ukraine.

https://fb.watch/buKkLlgGX5/

Ramai yang masih “blur” tentang krisis di Ukraine…

Samada nak sokong atau tidak tentera Rusia yang pernah bunuh umat Islam di Chechnya…

Ada juga yang tak percaya bagaimana Turki sebuah negara Islam, bertindak menyokong NATO, malah menyekat selat di Istanbul dari dilalui kapal selam Rusia…

Enam siri peperangan Rusia dan Chechen telah bermula dari tahun 1791 lagi, sehingga yang terbaru pada tahun 2009…

Dalam enam siri peperangan tersebut, pihak Rusia menang lima kali, manakala pihak Chechen hanya sekali pada tahun 1996…

Chechnya telah menyertai Empayar Rusia sejak tahun 1829 selepas perang Murid lagi…

Dagestan pula merupakan wilayah yang terkenal dengan golongan Sufi, yang menjadi faktor kepada survival dari serangan tentera Rusia selama 30 tahun…

Muridisme ialah satu istilah yang diberikan Rusia kepada ahli Sufi di Chechnya tanpa kebenaran mereka…

Imam Gazi Mulla, Imam Hamzad Bek dan Imam Shamil adalah pemimpin utama wilayah Islam Chechnya sejak tahun 1829 hingga 1859…

Chechen mendapat kemerdekaan dari MRNC atau Mountainous Republic of the Northern Caucasus pada tahun 1917…

Chechnya kemudian menyertai Soviet Union pada tahun 1922 hingga 1936, sebagai “autonomous oblast”…

Chechnya kemudiannya menyertai Soviet Union pada tahun sebagai “autonomous republic” dari tahun 1936 hinggalah 1991…

Bagaimanapun pada tahun 1940 ketika Perang Dunia Kedua, kerajaan Chechnya telah disokong oleh Nazi Jerman sehingga Perang Dunia Kedua hampir tamat pada tahun 1944…

“Operation Lentil” merupakan satu operasi yang dikendalikan Soviet dengan kelulusan Joseph Stalin untuk memindahkan penduduk Chechen dan Ingush atau dikenali sebagai bangsa Vainakh ke Asia Tengah pada 23 Februari 1944…

Operasi pembersihan etnik ini telah mengakibatkan seramai 123 ribu hingga 200 ribu, atau satu pertiga kematian dari seluruh bangsa Chechen dan Ingush yang beraliran Sunni di Chechnya…

Peristiwa ini berlangsung selama 13 tahun, dan penduduk yang dipindahkan tidak boleh pulang, sehingga pada tahun 1957 selepas kepimpinan baru Nikita Khrushchev mengubah banyak polisi Stalin…

Tarikh 23 Februari masih diingati sebagai tragedi kepada bangsa Chechen dan Ingush, dengan menganggap ianya adalah satu pembersihan etnik…

Sejarah bangsa Chechen yang melawan Rusia adalah antara yang terpanjang dunia, bermula seawal tahun 1785 ketika bangsa Chechen menentang Rusia yang meluaskan wilayahnya ke Caucasus…

Iaitu sebuah wilayah antara Laut Hitam dan Laut Caspian yang merupakan sebuah tasik air tawar seluas 386 ribu kilometer persegi, berada 27 meter dibawah paras laut…

Perang Caucasian merupakan penjajahan Empayar Rusia keatas bangsa Cossacks, Armenia, Georgia, Caucasus Greek, Ossetians, serta bangsa Islam Sunni seperti Tatar, Bashkir, Kazakh, Uyghur dan bangsa Turk…

Kesannya, ramai dari bangsa Kaukasia terpaksa berhijrah ke Empayar Uthmaniyyah dan Parsi…

Semasa era pemerintahan Soviet sekitar 1920 dan 1930, bangsa Chechen telah menolak idea Empayar Soviet oleh Joseph Stalin, yang kerap menukar dan menggabungkan wilayah sehingga tahun 1936, untuk membentuk satu wilayah autonomi sosialis Republik Soviet…

Sekitar Perang Dunia Kedua pada tahun 1940, bangsa Chechen menentang penjajahan Soviet dalam Perang Musim Sejuk 1939…

Soviet menuduh bangsa Chechen dan Ingush bekerjasama dengan Nazi Jerman, yang mahu menguasai wilayah Azerbaijan SSR, dimana terletak simpanan minyak di Baku…

Terdapat lebih kurang 20 juta umat Islam di USSR, dan kerajaan Soviet bimbang pemberontakan Islam merebak dari Caucasus ke seluruh Asia Tengah…

Penyertaan tentera Islam Chechen di dalam membantu Rusia menyerang Ukraine pada 24 Februari 2022, bukanlah mustahil walaupun sejarah menunjukkan Islam teruk diganyang oleh Rusia semasa era Soviet Union…

Bangsa Chechen dan Ingush pernah menyumbangkan 12 juta rubles iaitu matawang Rusia ketika era Soviet Union, untuk membantu pertahanan Soviet…

Malah seramai 17,413 tentera Chechen telah menyertai Red Army, iaitu tentera udara Soviet Union ketika Perang Dunia Kedua, manakala seramai 13,363 tentera lagi menyertai Chechen-Ingush ASSR…

Hanya 100 tentera Chechen menyertai pihak Axis, iaitu Nazi Jerman, Itali dan Empayar Jepun yang mengetuai Hungary, Romania, Republik Slovac, Bulgaria, Croatia, Finland dan Thailand…

Gerila Chechen bermula pada Ogos hingga September 1942, ketika Perang Dunia Kedua apabila tentera Nazi Jerman tiba di Ingushetia sehingga tahun 1943 selepas dihalang tentera Soviet…

Nazi Jerman menakluk Poland pada 1 September 1939 memulakan Perang Dunia Kedua, sementara Soviet Union juga menyerang Poland pada 17 September tahun yang sama…

Bagaimanapun, mungkin akibat tamaknya Adolf Hitler, membawa Nazi Jerman cuba menakluk Rusia pada 22 Jun 1941…

Stalin bagaimanapun berjaya menghentikan kemaraan Nazi, di 30 kilometer dari Moscow, dan selama empat tahun Soviet menahan asakan dari paksi Berikat atau “Axis”, di “Battle of Stalingard” dan “Battle of Kursk”…

Rusia kemudiannya menyertai paksi Bersekutu atau “Allied” bersama Amerika untuk menumpaskan Nazi, membuatkan tumbangnya Berlin akhirnya tumbang pada April 1945…

Mengakhiri kemaraan Nazi Jerman, pihak Soviet Union mengalami korban perang terbesar dengan lebih 20 juta kematian awam, iaitu satu pertiga dari jumlah keseluruhan korban Perang Dunia Kedua…

Mungkin ramai yang masih menganggap Rusia masih lagi sebuah negara Komunis seperti China dan Korea Utara, sedangkan sejak kejatuhan Soviet, Rusia telah pun menjadi sebuah negara Sosialis…

Kejatuhan Empayar Nazi juga sebenarnya berpunca dari ketamakkan Adolf Hitler sendiri, yang bertindak menyerang Rusia, sedangkan pihak Berikat telah hampir menumpaskan pihak Bersekutu semasa Perang Dunia Kedua…

Berbalik kepada krisis di Ukraine, negara Turki yang telah memihak kepada NATO bukanlah satu yang mengejutkan, kerana sejak Persidangan NATO ke-17 di Istanbul pada tahun 2004, Turki telah pun menyertai NATO secara rasmi…

Manakala pertemuan NATO dan Rusia pernah dibuat, tetapi tanpa kehadiran presiden Rusia Vladimir Putin…

NATO kemudiannya mempelawa Ukraine untuk menyertai NATO selepas beberapa pertemuan berlangsung…

Vladimir Putin sebagai bekas perisik KGB selama 16 tahun pasti sedar bahawa NATO telah dikuasai bangsa Yahudi Neo-Nazi, yang mahu membalas dendam kekalahan Nazi Jerman ketika Perang Dunia Kedua, selepas Soviet Union bertindak bergabung dengan pihak Bersekutu…

Yang terbaru, media barat melaporkan gambar satelit konvoi tentera Rusia sepanjang 60km sedang menuju ke bandar Kyiv di Ukraine…

Turki juga sebenarnya bukanlah sebuah negara Islam sebenar, malah mereka mengisytiharkan negara sebagai negara sekular, mewarisi legasi Mustafa Kemal Atarturk…

Hasil kelicikan Amerika dan NATO, mungkin juga telah menghasut bangsa Turk keatas dendam penjajahan Joseph Stalin di era Soviet Union…

Amerika dan NATO juga tidak mahu Jerman bergantung kepada Rusia apabila projek paip gas dari Rusia yang telah siap ke Jerman, melalui Ukraine…

Dan Rusia pula tidak mahu Amerika mengganggu bekalan gas Rusia ke Jerman di Ukraine, apabila Ukraine mahu menyertai NATO pada Julai 2021…

Negara Singapura, Jepun dan Taiwan telah menyokong tindakan Amerika untuk membuat kawalan ekspot keatas Rusia…

Joe Biden yang terbaru mengumumkan penutupan seluruh ruang udara Amerika Syarikat kepada semua jenis pesawat dari Rusia…

Negara UAE pula membuat kejutan dengan menyokong Rusia, walaupun sebelumnya telah pun mengiktiraf negara haram Israel…

Pertemuan kedua antara wakil Ukraine dan Rusia yang dijadual pada 2 Mac 2022, berkemungkinan besar akan gagal seperti pertemuan pertama di Belarus…

Persoalannya, beranikah Perdana Menteri Malaysia bertindak menyokong Rusia, sedangkan UMNO masih lagi ‘terhutang budi’ dengan British selepas mendapat kemerdekaan ‘percuma’ 1957, kononnya tanpa pertumpahan darah…

Atau Malaysia terpaksa juga ‘menebalkan’ muka dan mengisytihar menyokong NATO, sedangkan Amerika dan NATO tidak pernah mengkritik Israel yang berpuluh tahun membunuh umat Islam di Palestin…

Dengan menyokong NATO dan Ukraine, adalah juga menyokong negara haram Israel…

Negara Rusia berhak untuk menyerang Ukraine, setelah Amerika dan NATO telah meluaskan pengaruhnya kepada negara jiran Rusia seperti Poland, Romania dan Hungary, selain dari Ukraine sendiri…

Tiada penduduk Islam di Ukraine dan 87.8 peratus rakyatnya adalah beragama Kristian, manakala 11 peratus pula tidak beragama, malah presiden Ukraine sendiri adalah berketurunan Yahudi…

Tindakan Rusia sebenarnya adalah untuk mempertahankan negara mereka dari ancaman NATO…

Na’udzubillahiminzalik. Wallahua’lam. Allahu Akbar.

#MalayanCyberForces #kobidkonspirasi #banjirkonspirasi
@MalayanCyberForces